Bumi Hijau adalah salah satu projek yang dibangunkan selain daripada Lapangan Senam Riang di kolej dan Taman Herba. Projek Bumi Hijau mula beroperasi pada pertengahan tahun 2007. Pembangunan projek ini berjalan fasa demi fasa bermula dengan pembinaan Rumah Hijau.
Rumah Hijau telah dibina oleh sebuah syarikat swasta. Tempoh pembinaannya memakan masa hampir sebulan. Setelah siap keseluruhan infrastruktur asas dalaman, barulah diserahkan kepada pihak kolej untuk tujuan senggaraan dan pembangunan. Unit Makmal Kolej telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan senggaraan. Pada asalnya idea penubuhan Rumah Hijau telah dicetuskan oleh En. Halim, seorang Pensyarah Biologi. Berbekalkan bajet sebanyak RM25,000, Rumah Hijau ini telah dibina atas tapak seluas 20 kaki lebar dan 20 kaki panjang. Sangkarnya mempunyai ketinggian 20 kaki.
Pada masa ini, Rumah Hijau menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna. Antara spesis haiwan yang dipelihara adalah Burung Terkukur, Burung Merbuk, Puyuh Padang, Burung Belibis, Kura-kura Bukit, Ikan Keli dan Burung Wak-wak. Antara tumbuhan yang ditanam pula adalah tumbuhan dari jenis paku-pakis dan pokok bunga seperti Pokok Bunga Raya, Pokok Bunga Kertas dan Pokok Bunga Keembung.


 

|
|