Untitled Document
Khamis, 24 Disember 2009 12:03:24 PM
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
  Halaman Utama > Dewan Kuliah & Bilik Tutorial  
new wing
Untitled Document
Untitled Document
Untitled Document
Untitled Document
 

Kolej MARA Kuala Nerang mempunyai lapan buah dewan kuliah dimana setiap satunya dilengkapi dengan pelbagai prasarana P&P (Pembelajaran & Pengajaran) seperti projektor LCD, komputer, sistem pembesar suara, pendingin hawa, "whiteboard" dan projektor OHP. Setiap dewan kuliah mampu memuatkan 90 hingga 100 orang pelajar bergantung pada keluasan dewan kuliah itu sendiri. Setiap dewan kuliah diberi nama yang unik bagi memudahkan sesi pembelajaran seperti DK (Dewan Kuliah) Seri Nilam, Seri Zamrud, Seri Berlian, Seri Mutiara, Seri Intan, Seri Delima, Bitara dan Bestari.

Sebanyak 40 buah bilik tutorial atau kelas disediakan bagi menyokong sesi kuliah. Kesemuanya berada di Bangunan Unggul, Gemilang dan Cemerlang. Setiap bilik tutorial boleh memuatkan 20 hingga 25 orang pelajar pada satu-satu masa.