Dewan ini pada asalnya dikenali sebagai Dewan Besar, sesuai dengan saiznya. Namun atas dasar penjenamaan semula, namanya telah ditukar kepada Dewan Badlishah bersempena nama DYMM Sultan Kedah. Dewan ini boleh memuatkan 850 hingga 900 orang pada satu-satu masa.
Dewan Badlishah telah banyak menyimpan 1001 sejarah. Antaranya kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abdul Razak. Pelbagai majlis rasmi telah diadakan di sini. Antaranya ialah Sambutan Hari Pertanian Peringkat Kebangsaan, Pameran Hari Kerjaya, Ceramah Keagamaan dan Akademik, Pertandingan Dalaman Kolej, Konsert Nasyid Nyanyian Kumpulan UNIC, Lokasi Pengumuman Keputusan Pilihanraya (bagi ADUN dan Parlimen sekitar Kuala Nerang) dan Mesyuarat Agong agensi-agensi luar seperti RISDA.





 
|
|