Seminar Integriti Warga Pendidik 2010
Peringkat Kolej MARA Kuala Nerang
Pada 22 Januari 2010, Kolej MARA Kuala Nerang telah mengadakan Seminar Integriti Warga Pendidik Peringkat Kolej MARA Kuala Nerang bertempat di Dewan Badlishah. Program ini berjalan selama lebih kurang 4 jam bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang membentuk satu kumpulan seramai 89 orang.
Program yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia ini bertujuan memberi ceramah tentang integriti dan perlaksanaannya dikalangan pensyarah-pensyarah. Panel ceramah terdiri daripada En. Mohd Yusof bin Mohamad (Pengurus Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia), En. Abdullah bin Yusof (Kaunselor Pentadbir, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru) dan YM Tengku Azuan binti Tengku Mohamed (Mantan Pengetua Cemerlang Jusa C).
En. Mohd Yusof telah memberikan ceramahnya yang bertajuk "Falsafah & Prinsip Pelan Integriti Nasional". Kemudian diikuti ceramah kedua oleh En. Abdullah yang bertajuk "Integriti Dalam Pendidikan". Akhir sekali, YM Tengku Azuan mengambil tempat dengan ceramahnya yang bertajuk "Bicara Tokoh".
Selepas tamat program, satu jamuan ringkas diadakan bagi meraikan panel jemputan para hadirin.
Peringatan : Galeri Aktiviti hanya memaparkan gambar-gambar beserta penerangan untuk tempoh tertentu sahaja. Sila layari bahagian Arkib di dalam laman web ini untuk melihat aktiviti yang telah berlalu. Harap Maklum. |