Untitled Document
Khamis, 24 Disember 2009 12:03:24 PM
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
  Halaman Utama > Galeri Aktiviti  
new wing
Untitled Document

 

Hari Pendaftaran Pelajar Baru Program Persediaan UniKL
FiST Australia (Kejuruteraan) Sesi 2010

Pada 2 Februari 2010, Kolej MARA Kuala Nerang telah menerima kunjungan pelajar-pelajar baru bagi Program Persediaan UniKL FiST Australia bagi sesi 2010. Seramai 50 orang pelajar telah mendaftar untuk program tersebut. Kehadiran mereka yang ditemani oleh ibubapa masing-masing menceriakan lagi suasana. Kesemua bekas pelajar-pelajar MRSM ini mula mendaftar seawal 8.00 pagi dan berlanjutan sehingga 11.00 pagi.

Pada jam 11.00 pagi, sesi taklimat dimulakan dengan ucapan Pn. Hjh. Shaariah, Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang. Latar belakang dan harapan kolej disampaikan oleh pengarah kepada pelajar-pelajar terpilih ini dengan harapan mereka mendapat informasi awal sebelum memualakan sesi kuliah. Kemudian disusuli dengan taklimat dari En. Mohd Nazri, Timbalan Pengarah Pusat Pengajian Persediaan UniKL. En. Nazri menerangkan tentang kewujudan cawangan-cawangan UniKL seluruh negara dan juga sedikit penerangan umum berkaitan Program Persediaan FiST Australia.

Selepas itu, giliran Pn. Noor Ayuslina, Penolong Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA memberi taklimatnya. Beliau menerangkan bahagian pembiayaan kewangan pelajar-pelajar bermula sesi pengajian di kolej sehingga ke luar negara.

Akhir sekali, sesi soal jawab dibuka kepada ibubapa. Beberapa orang ibubapa mengemukakan kemusykilan mereka dan dijawab dengan baik oleh pihak pengurusan. Majlis ditutup dengan ucapan penyerahan pelajar oleh wakil ibubapa dan disambut ucapan penerimaan pelajar oleh pengarah. Sesi pendaftaran tamat pada pukul 1.00 tengahari.

Hari Pendaftaran FIST UniKL (Australia) 2010

Peringatan : Galeri Aktiviti hanya memaparkan gambar-gambar beserta penerangan untuk tempoh tertentu sahaja. Sila layari bahagian Arkib di dalam laman web ini untuk melihat aktiviti yang telah berlalu. Harap Maklum.