Untitled Document
Khamis, 24 Disember 2009 12:03:24 PM
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
  Halaman Utama > Galeri Aktiviti  
new wing
Untitled Document

 

Konvesyen & Karnival Siswa Niaga
Peringkat KPM/KM Kali Ke-2

Pada 28 Januari 2010, Kolej MARA Kuala Nerang sekali telah merakam detik bersejarah apabila menjadi tuan rumah bagi acara Konvesyen & Karnival Siswa Niaga Peringkat KPM/KM Kali Kedua. Sebanyak 5 acara dipertandingkan. Bagi setiap acara pula, pelbagai kategori diperkenalkan bagi memeriahkan lagi suasana. Antara pertandingan yang dijalankan ialah Pertandingan Rekacipta & Rancangan Perniagaan, Pameran & Gerai Jualan, Persembahan Laporan Tahunan Syarikat, Kuiz Keusahawanan dan Catur Bestari.

Pada sebelah malam 28 Januari 2010, acara perasmian mengambil tempat terlebih dahulu. Kesemua delegasi daripada KPM dan KM seluruh negara mengambil tempat di Dewan Badlishah. Antara delegasi-delegasi tersebut adalah KPM Seri Iskandar, KPM Beranang, KPM Bandar Melaka, KPM Ayer Molek, KPM Bandar Penawar, KPM Indera Mahkota, KM Kulim, KM Seremban, KM Banting dan tuan rumah KM Kuala Nerang. Konvesyen telah dirasmikan oleh Pn. Noraini bt. Othman, Timbalan Pengarah MARA Negeri Kedah, Bahagian khidmat Pengurusan. Selepas upacara perasmian, sesi taklimat dijalankan dan hanya peserta sahaja yang dibenarkan untuk berada di dalam dewan.

Pada keesokan harinya pula, 29 Januari 2010, sebelah pagi, Pertandingan Persembahan Laporan Tahunan Syarikat berlangsung di Dewan Badlishah. Tiga orang juri khas dijemput dari UUM dan Bank Rakyat. Selain dari acara tersebut, Kuiz Keusahawanan dan Catur Bestari juga dijalankan masing-masing di Dewan Kuliah Bestari dan Pustaka Budiman.

Pada hari terakhir, 30 Januari 2010, dua lagi acara berlangsung iaitu Pertandingan Rekacipta & Rancangan Perniagaan dan Pameran & Gerai Jualan. Pertandingan Rekacipta & Rancangan Perniagaan berlangsung di Dewan Badlishah dan diadili oleh tiga orang juri yang didatangkan khas dari Bank Islam, Public Bank dan Agro Bank. Pada masa itu juga, Pekan Kuala Nerang telah menjadi tumpuan penduduk apabila berlangsungnya acara Pameran & Gerai Jualan. Bagi acara ini 3 orang panel yang terdiri daripada Pegawai MARA Daerah, wakil dari MARA Negeri Kedah dan wakil Majlis Daerah Padang Terap telah dilantik.

Pada sebelah malamnya, acara penutupan majlis dilangsungkan. Majlis dengan rasminya ditutup dengan ucapan En. Mohd Azemi bin Yusoff, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi.

Konvesyen & Karnival Siswa Niaga 2010

Peringatan : Galeri Aktiviti hanya memaparkan gambar-gambar beserta penerangan untuk tempoh tertentu sahaja. Sila layari bahagian Arkib di dalam laman web ini untuk melihat aktiviti yang telah berlalu. Harap Maklum.