Untitled Document
Khamis, 24 Disember 2009 12:03:24 PM
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
  Halaman Utama > Galeri Aktiviti  
new wing
Untitled Document

 

Karnival Pendidikan & Kecemerlangan Komuniti
Anjuran Bersama KMKN & MSU

Program anjuran bersama Kolej dan Management & Science University (MSU) ini telah berlangsung dengan jayanya pada 25hb Februari 2010. Program tersebut telah disertai oleh 4 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad, Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu dan MRSM Pendang serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar Kolej MARA Kuala Nerang.

Pada jam 2.30 petang, sesi taklimat bermula dan dihadiri oleh semua pelajar. Disamping itu juga, pameran pendidikan dan kaunter pemeriksaan kesihatan dibuka oleh pegawai-pegawai dari MSU. Semua pelajar dan staf telah dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan boleh menyambung rawatan tersebut dengan menggunakan kad rawatan MSU di hospital kerajaan.

Sesi ceramah bermula secara serentak pada jam 3.00 petang. Ceramah pertama bertajuk "Road to M.B.B.S" yang disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Asbi Ali, PHD Dekan, Faculty of Helath & Life Sciences, MSU bertempat di Anjung Budiman. Ceramah kedua pula berlangsung di Dewan Seri Delima bertajuk "Kerjaya Dalam Bidang ICT & Multimedia" yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Md. Gapar Md Johar, Dekan, Faculty of Information Sciences & Engineering, MSU. Ceramah tentang kerjaya dalam bidang Perakaunan & Perniagaan pula disampaikan oleh Prof. Madya Siti Khalidah bt. Md. Yusoff di Dewan Badlishah. Setiap slot ceramah ini dihadiri oleh pelajar sekolah dan pelajar kolej.

Pada jam 3.30 petang, berlangsung Program Eksplorasi Kerjaya "Career Hunt". Program ini disertai oleh 100 orang pelajar kolej. Aktiviti ini dijalankan di sekitar kawasan kolej. Pada masa yang sama, Pertandingan Kuiz Sains turut berlangsung di Anjung Budiman dan disertai oleh 3 kumpulan, masing-masing mewakili Program Matrikulasi Sains Hayat, Matrikulasi Sains Fizikal dan FiST Australia..

Majlis penutup telah dirasmikan oleh En. Asmadi bin Bakar dan dihadiri oleh wakil MSU, Prof. Dato' Dr. Asbi Ali. Penyampaian hadiah turut disampaikan daripada pihak MSU kepada smua peserta yang telah menyertai pertandingan yang diadakan. Program tamat pada jam 5.30 petang.

Karnival Pendidikan & Kecemerlangan Komuniti 2009-2010

Peringatan : Galeri Aktiviti hanya memaparkan gambar-gambar beserta penerangan untuk tempoh tertentu sahaja. Sila layari bahagian Arkib di dalam laman web ini untuk melihat aktiviti yang telah berlalu. Harap Maklum.