Untitled Document
Khamis, 24 Disember 2009 12:03:24 PM
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
  Halaman Utama > Galeri Aktiviti  
new wing
Untitled Document

 

Hari Kokurikulum Peringkat Kolej

Kolej MARA Kuala Nerang telah mengadakan Hari Kokurikulum pada 6 Mac 2010 yang merupakan acara tahunan kolej. Program ini telah berjalan dengan jayanya dimulakan dengan aktiviti Senamrobik pada pukul 8.00 pagi. Program diteruskan dengan Pertandingan Masakan yang disertai oleh pelajar-pelajar dimana mereka mewakili kolej kediaman masing-masing. Pihak kolej juga menjemput pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad dan Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam untuk memeriahkan lagi program.

Pertandingan Perbarisan dimulakan dengan iringan Pasukan Brass Band dari Sekolah Kebangsaan Abdul Rahman Putra. Kontijen Perbarisan Kolej diwakili oleh Program Matrikulasi Perakaunan, Matrikulasi Sains Fizikal, Matrikulasi Sains Hayat dan Program Unikl. Selepas perbarisan, persembahan seni mempertahankan diri iaitu Taekwondo dan Silat Gayong pula mengambil tempat.

Selain persembahan, pameran dan gerai jualan juga diadakan untuk menarik perhatian pengunjung. Terdapat 17 buah gerai jualan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan minuman. Antara persatuan yang menbuat pameran ialah Kelab PRD, Kelab Pengguna, Kelab Fotografi, Kelab Jahitan & Gubahan, Kelab ICT, J/K Perwakilan Pelajar (JPP), Jabatan Sains, Jabatan Matematik, dan pelajar Program FIST-RCMP yang mempamerkan hasil kajian mereka untuk dinilai. Agensi luar juga turut diundang mengadakan pameran seperti Jabatan Penjara, Jabatan Bomba & Penyelamat, PDRM, Pejabat Kesihatan Kuala Nerang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Rakan Muda, Celcom, Takaful Ikhlas dan Bank Rakyat. Semua pengunjung dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aktiviti derma darah juga diadakan di Dataran Pengarah oleh pihak Hospital Kuala Nerang.

Sukaneka juga diadakan dan disertai oleh pelajar untuk memeriahkan lagi Hari Kokurikulum. Majlis Penutupan diadakan pada pukul 12.00 tengahari dimulakan dengan persembahan Fairy Tales oleh bekas peserta English Carnival, persembahan nasyid oleh Kumpulan al-Irsyad dan persembahan Dikir Barat.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh Pn. Hjh. Shaariah, Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang. Antara hadiah yang disampaikan ialah johan untuk 13 acara karnival sukan yang telah dipertandingkan sepanjang Bulan Kokurikulum, Johan Pertandingan Perbarisan, Gerai Pameran Terbaik, Pemenang Pameran FIST-RCMP, Anugerah Khas dan Piala Pengarah untuk johan keseluruhan. Majlis dengan rasminya ditutup dengan ucapan Pn. Hjh. Shaariah.

Hari Kokurikulum Sesi 2009-2010

Peringatan : Galeri Aktiviti hanya memaparkan gambar-gambar beserta penerangan untuk tempoh tertentu sahaja. Sila layari bahagian Arkib di dalam laman web ini untuk melihat aktiviti yang telah berlalu. Harap Maklum.