Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2009/2010
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2009/2010 kali ini diadakan pada 31hb Mac 2010 bertempat di Dewan Badlishah Kolej MARA Kuala Nerang dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Idris bin Jusoh selaku Pengerusi MARA. Tetamu kehormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah MARA Negeri Kedah, Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah (mewakili Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM), Wakil Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Pengurus Giat MARA Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan, Pengetua sekolah-sekolah Daerah Padang Terap dan Pengetua-pengetua MRSM zon utara.
Acara majlis bermula dengan penyampaian sijil tamat pengajian kepada 551 pelajar yang diterima oleh setiap wakil kelas kemudian diikuti dengan anugerah-anugerah yang disampaikan pada hari tersebut iaitu Anugerah Akademik Terbaik bagi Mata Pelajaran bagi Jurusan Perakaunan, Jurusan Sains Hayat dan Jurusan Sains Fizikal, Anugerah Sumbangsih Kolej, Anugerah Khas Kolej; Akhlak Terpuji, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Kepimpinan, Tokoh Akademik dan Tokoh Pelajar Terbaik Keseluruhan.
Kemuncak majlis pada hari itu ialah apabila Humairah binti Uzair, pelajar jurusan sains hayat diumumkan sebagai penerima tokoh akademik keseluruhan. Majlis Anugerah Kecemerlangan Sesi 2009/2010 tamat tepat pukul 12.30 tengahari.
Peringatan : Galeri Aktiviti hanya memaparkan gambar-gambar beserta penerangan untuk tempoh tertentu sahaja. Sila layari bahagian Arkib di dalam laman web ini untuk melihat aktiviti yang telah berlalu. Harap Maklum. |