Untitled Document
Khamis, 24 Disember 2009 12:03:24 PM
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
  Halaman Utama > Galeri Aktiviti  
new wing
Untitled Document
Untitled Document

 

Minggu Silaturrahim FIST-UniKL & Minggu Pengurusan Pelajar Baru Program Matrikulasi Jurusan Perakaunan Sesi 2010/2011

Pendaftaran pelajar Program Foundation in Science & Technology (FIST-UniKL) telah dijalankan pada 9 Mei 2010 dan Pendaftaran pelajar Program Matrikulasi Jurusan Perakaunan dijalankan pada 10 Mei 2010. Seramai 285 orang pelajar FIST-UniKL dan 234 orang pelajar Matrikulasi Jurusan Perakaunan telah mendaftar di Kolej MARA Kuala Nerang pada dua hari berturut-turut.

Minggu Pengurusan Pelajar Baru dijalankan secara serentak bagi kedua-dua program bermula 9 Mei hingga 14 Mei 2010. Pelbagai aktiviti diadakan, antaranya slot interaksi bersama Pengarah dan pihak Pengurusan Kolej, Pertemuan Mentor-Mantee, Ceramah Kerohanian dan aktiviti LDK bersama fasilitator daripada UniKL dan Kolej.

Minggu Orientasi diserikan lagi dengan aktiviti Khidmat Masyarakat yang dijalankan pada Khamis 13 Mei bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari yang melibatkan sekitar kawasan Kolej dan kawasan Masjid Pulau Kijang, Masjid Kuala Nerang, Kawasan Kubur dan Taman Permainan Kanak-Kanak.

Majlis Perasmian Penutup Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2010/2011 telah dirasmikan oleh En. Azmi bin Yusof dari Bahagian Pendidikan Tinggi MARA dan dihadiri oleh Dr. Afiza Muhammad Ali, Pengarah Pusat Pengajian Persediaan Universiti Kuala Lumpur dan Pengarah Kolej Pn. Hjh. Shaariah binti Dahman.

Majlis diserikan dengan persembahan nasyid daripada pelajar Program Matrikulasi Jurusan Perakaunan dan Dikir Barat serta Koir daripada pelajar FIST-UniKL.

Minggu Silaturrahim & Minggu Pengurusan pelajar Baru Sesi 2010/2011 telah dibantu oleh 32 orang fasilitator daripada UniKL dan melibatkan 30 oarng fasilitator bekas pelajar Kolej.

Hari Pendaftaran UniKL

Hari Pendaftaran Matrikulasi

Minggu Orentasi

Majlis Penutup

Peringatan : Galeri Aktiviti hanya memaparkan gambar-gambar beserta penerangan untuk tempoh tertentu sahaja. Sila layari bahagian Arkib di dalam laman web ini untuk melihat aktiviti yang telah berlalu. Harap Maklum.