Majlis Apresiasi Budi Guru & Pekerja 2010
Majlis Tamat Pengajian Program FIST UK & RCMP telah diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar Program FIST UK dan RCMP yang akan menamatkan pengajian di Kolej. Majlis ini diadakan pada 22hb April 2010 iaitu hari Khamis bermula pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari di Dewan Badlishah, Kolej MARA Kuala Nerang. Majlis yang gemilang ini diserikan dengan kehadiran YB Bhg. Tn. Hj. Abdul Rahim bin Abd. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan). Pihak Kolej juga amat berbesar hati menerima kehadiran Timbalan MARA Negeri Kedah, Y. Bhg. Tn. Hj. Abd. Rashid bin Ahmad, Dr. Afiza binti Mohamad Ali dan pengetua-pengetua MRSM zon utara.
Seramai 68 orang pelajar FIST UK & RCMP yang telah menerima sijil tamat pengajian serta seramai 20 orang pelajar telah menerima Sijil Anugerah Khas. Anugerah Khas ini merangkumi beberapa kategori seperti Anugerah Pelajar Terbaik FIST UK, Anugerah Pelajar Terbaik FIST RCMP, Anugerah Terbaik Subjek, Anugerah Terbaik Kokurikulum, Anugerah Sahsiah Terpuji, Anugerah Projek Saintis dan Anugerah Tokoh Pelajar.
Program seperti Majlis Tamat Pengajian ini adalah diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar untuk lebih bersedia menempuh alam pendidikan yang lebih mencabar di masa hadapan. Majlis selesai pada pukul 1.00 tengah hari.
Peringatan : Galeri Aktiviti hanya memaparkan gambar-gambar beserta penerangan untuk tempoh tertentu sahaja. Sila layari bahagian Arkib di dalam laman web ini untuk melihat aktiviti yang telah berlalu. Harap Maklum. |