:::: Kata Aluan ::::
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada para pengunjung ke webpage Jabatan Matematik Kolej MARA Kuala Nerang. Semoga kunjungan anda ke laman ini memberi maklumat yang berguna dan terkini tentang kolej dan unit-unit di bawahnya.
Jabatan Matematik merupakan salah satu daripada jabatan akademik di KMKN yang merangkumi Unit Matematik dan Unit Teknologi Maklumat. Buat masa ini , Unit Matematik mempunyai 12 orang pensyarah manakala Unit Teknologi Maklumat terdiri daripada 4 orang pensyarah. Jabatan ini menawarkan Kursus Matematik dan Teknologi Maklumat kepada para pelajar yang mengikuti Program Foundation in Science & Technology (FiST) UniKl dan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menyedari tentang peri pentingnya bidang Matematik dan Teknologi Maklumat kepada pembangunan negara yang tercinta, sama-samalah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh mendidik dan mencurah ilmu kepada anak bangsa yang bakal mewarisi negara di masa akan datang. Kepada Allah kita memohon agar diberkati dan dirahmati segala usaha kita.
Sekian, terima kasih.
"Keunggulan Budaya kita"
En. Mohamad Johari bin Yaakob
Ketua Jabatan Matematik
Kolej MARA Kuala Nerang.
| Halaman Utama Kolej | Halaman Utama Jabatan Matematik | |