| |
:::: Visi ::::
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
:::: Misi ::::
Untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia bumiputera yang berpengetahuan, patriotik dan berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi.
:::: Objektif Jabatan ::::
-
Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menguasai teori, konsep, hukum, prinsip, kemahiran saintifik dan dapat memahami fenomena alam semesta dengan baik.
-
Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta mensyukuri kewujudan alam berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
-
Menghasilkan individu yang berilmu pengetahuan global, mempunyai nilai murni dan mengamalkan budaya sains dan teknologi.
-
Memastikan para pelajar yang tamat tempoh pengajian berjaya 100% ke universiti.
-
Dapat mengembangkan bakat, kemahiran dan potensi kepada pelajar dalam bidang Matematik dan Teknologi Maklumat.
-
Melahirkan pelajar yang bersikap positif terhadap Matematik dan menghargainya serta berupaya menghubungkaitkan konsep Matematik dalam kehidupan seharian.
-
Melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berfikiran saintifik serta berupaya menganalisis sesuatu masalah atau projek dengan kaedah Matematik dan paparan maya untuk mendapatkan fakta atau kesimpulan yang berasaskan analisis komputer.
:::: Piagam Pelanggan ::::
-
Pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran Matematik boleh berjumpa dengan mana-mana Guru Matematik yang berada di bilik guru pada masa itu.
-
Pelajar boleh mengadakan temujanji pada waktu yang lain dengan memaklumkan kepada guru berkenaan.
-
Tugasan pelajar yang dihantar akan disemak, direkodkan dan dikembalikan semula kepada pelajar dalam tempoh seminggu.
| Halaman Utama Kolej | Halaman Utama Jabatan Matematik | |
|