Program Tahunan Jabatan
Program Intervensi
Membantu para pelajar yang tidak menguasai subjek Matematik dengan baik. Program ini dilakukan sepanjang masa dengan bimbingan pensyarah-pensyarah. Sesi Intervensi boleh dilakukan secara individu atau kelompok. Biasanya jadual perjalanan program ini ditentukan oleh ketua jabatan dan diwarwarkan oleh pensyarah kepada pelajar.
Bengkel Teknik Menjawab Soalan
Bengkel TMS (Teknik Menjawab Soalan) dilakukan sekali setiap semester. Ia dijalankan sebelum peperiksaan akhir semester dan biasanya hanya sekali sahaja. Pensyarah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan misi ini dilantik oleh ketua jabatan dan pensyarah tersebut merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang P&P. Para pelajar akan diuji pada akhir bengkel ini untuk menentukan keberhasilan bengkel.
Bengkel Teknik Belajar
Bengkel TB (Teknik Belajar) dikendalikan pada awal semester. Bertujuan memberi pendedahan teknik-teknik pembelajaran seperti cara pengambilan nota ketika sesi kuliah, teknik membina jadual belajar diluar waktu kelas dan lain-lain kepada para pelajar agar mereka mudah untuk menentukan hala tuju mereka pada awal sesi pengajian.
Bengkel OpenSource
Memberi pendedahan secara praktikal kepada para pelajar tentang penggunaan perisian OpenSource seperti OpenOffice (Perisian Office), GIMP (Perisian Grafik), Blender (Perisian 3D), Kompozer (Web editor) dan Audacity (Sound editor). Unit Teknologi Maklumat (Salah satu unit di dalam Jabatan Matematik) bertanggungjawab menjalankan bengkel ini. Penyertaan bengkel terbuka kepada pelajar dan juga staf. Walau bagaimanapun, sesi staf dan pelajar adalah berasingan.
| Halaman Utama Kolej | Halaman Utama Jabatan Matematik | |