:::: Kata Aluan ::::

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sekalung syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Kolej MARA Kuala Nerang kerana telah bertungkus lumus mengerah idea dan mendapatkan maklumat dalam membangunkan wajah baru laman ini.

Menyedari kepentingan pembangunan teknologi maklumat, diharapkan semua pihak dapat memanfaatkan laman web ini. Khususnya kepada para pelajar, jadikanlah laman web ini sebagai salah satu medium pembelajaran yang berkesan. Ini kerana teknologi maklumat membolehkan perkongsian maklumat, memberikan maklumat terkini dan bersifat interaktif.

Akhir kata, semoga kewujudan laman web ini dapat membantu mengekalkan keunggulan kolej terutama dalam bidang pendidikan dan pembangunan sahsiah pelajar.

Sekian, terima kasih.

Pn. Zairani binti Ismail
Ketua Jabatan Sains Sosial
Kolej MARA Kuala Nerang

 

 

 
Halaman Utama Kolej | Halaman Utama Jabatan Sains Sosial