| |
:::: Visi ::::
Melahirkan pelajar yang berfikiran luas dalam bidang keusahawanan melalui penguasaan dalam bidang Ekonomi, Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan selari dengan matlamat MARA untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
:::: Misi ::::
Memberikan pendidikan Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia selama satu tahun kepada pelajar-pelajar bumiputera dan berusaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang keusahawanan dan mempunyai sahsiah yang terpuji serta melayakkan 100% pelajar ke dalam bidang Ekonomi, Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan.
:::: Objektif ::::
-
Mengembangkan pengetahuan yang dinamik di dalam bidang Ekonomi, Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan.
-
Meningkatkan jumlah professional bumiputera di dalam bidang Sains Sosial.
-
Mendedahkan pelajar untuk lebih berdaya saing dalam usaha melahirkan pelajar ke arah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
-
Menyediakan pelajar yang berkemampuan menguasai kemahiran dan pengetahuan sebagai persediaan untuk bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
:::: Piagam Pelanggan ::::
-
Layanan mesra akan diberikan dengan cepat, sopan, mesra dan penuh berhemah di bilik Ketua Jabatan dan setiap unit.
-
Pengajaran yang bermutu dan bersesuaian dengan kehendak Bahagian Pengajian Tinggi MARA ( BPT ) & Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ( BMKPM ) kepada pelajar.
-
Kuiz, Ujian Selaras dan Peperiksaan Pertengahan Tahun akan diperiksa dan diberi maklumbalas dengan kadar yang telah ditetapkan iaitu seminggu selepas tarikh ujian.
-
Sesi Rundingcara dan Intervensi akan diberikan kepada pelajar yang memerlukan.
-
Semua perancangan akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
|
|