Latar Belakang Kelab
Kelab Kebajikan Staf Kolej MARA Kuala Nerang ditubuhkan selepas setahun penubuhan Kolej MARA Kuala Nerang iaitu pada tahun 1996. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk menjaga kebajikan ahli-ahli kelab dan mengeratkan hubungan silaturrahim, semangat muhibbah, kerjasama dan persefahaman sesama ahli kelab. Dengan tertubuhnya kelab ini, sedikit sebanyak dapat menjadi pemangkin kepada perhubungan antara staf akademik dan staf sokongan.
Objektif
Antara objektif penubuhan kelab staf adalah:
- Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli.
- Menjaga kebajikan ahli-ahli seperti pemberian hadiah hari lahir pada setiap bulan dan mengadakan majlis perpisahan ahli yang akan berpindah dari kolej.
- Memperkukuhkan sumber kewangan kelab kebajikan untuk menjaga kebajikan ahli-ahli.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli kelab.
- Mewujudkan semangat persaudaraan dan kekeluargaan sesama ahli
Keahlian
Terbuka kepada semua warga kerja Kolej MARA Kuala Nerang yang terdiri daripada staf sokongan dan staf akademik. Kumpulan pekerja syarikat swasta yang menjadi sebahagian warga kerja kolej dikecualikan. Walau bagaimanapun staf-staf Syarikat Purata Abadi Sdn. Bhd diterima menjadi ahli.
Yuran Keahlian
Tiada yuran keahlian atau pendaftaran dikenakan. Ahli hanya wajib membayar yuran bulanan mengikut ketetapan yang dibuat. Berikut jadual bayaran yang ditetapkan oleh kelab:
| Pengarah, Timbalan Pengarah (HEA), Timbalan Pengarah (HEP) & Ketua Jabatan |
RM10 |
| Staf Akademik (Pensyarah) |
RM7 |
| Staf Sokongan bergaji RM1200 ke atas |
RM5 |
| Staf Sokongan bergaji RM1200 ke bawah |
RM3 |
| Staf Sokongan berstatus Sambilan |
RM2 |
| Staf Syarikat Purata Abadi Sdn. Bhd. bergaji RM1200 ke atas |
RM5 |
| Staf Syarikat Purata Abadi Sdn. Bhd. bergaji RM1200 ke bawah |
RM3 |
Ahli Jawatankuasa
[Sesi 2007/2009]
| Pengerusi |
Tn. Hj. Johari b. Yaakob |
| Timbalan Pengerusi |
En. Badar b. Abdul Hamid |
| Setiausaha |
Cik Noor Syafeeza bt. Zainol |
| Bendahari |
Pn. Suraya bt. Bahar |
| AJK Pensyarah |
En. Mohd Ramli b. Omar |
| AJK Pensyarah |
En. Abd Halim b. Zainal |
| AJK Pensyarah |
Pn. Zuraida bt. Hasim |
| AJK Staf |
Pn. Kairosazlinda bt. Kasa |
| AJK Staf |
Cik Siti Rohani bt. Abdul Hamid |
| AJK Staf |
En. Mohd Zulhasymi b. Zainuddin |
[Sesi 2009/2011]
| Pengerusi |
En. Mohamad Shariff b. Ismail |
| Timbalan Pengerusi |
Cik Norsamsidar bt. Hasan |
| Setiausaha |
En. Mahadzir b. Ibrahim |
| Bendahari |
En. Mior Mohammad Bukhari b. Jamaluddin |
| Penolong Bendahari |
En. Zaharul Amir b. Md Zin |
| AJK Pensyarah |
Ust. Syed Basir b. Syed Noor |
| AJK Pensyarah |
En. Ahmad Kamal b. Mohamad |
| AJK Pensyarah |
Cik Hafizah bt. Ab. Hamid |
| AJK Staf |
En. Wahab b. Mustafa |
| AJK Staf |
Cik Siti Noor Hasniah bt. Mahamad Heddemi |
| AJK Staf |
En. Kamat b. Abdul |
Aktiviti Tahunan Kelab
-
Pemberian cenderamata kepada staf yang menyambut kelahiran anak, berpindah, berkahwin, menyambut hari lahir dan anak ahli yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.
-
Memberi sumbangan kepada ahli kelab yang kematian ahli keluarga atau ditimpa musibah seperti kemalangan jalan raya atau sakit yang kritikal.
-
Menganjurkan Hari Keluarga pada setiap tahun.
-
Mengadakan Jamuan Perpisahan, Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Jamuan Hari Raya Korban.
-
Sumbangan kewangan bagi menyokong penyertaan ahli ke Sukan GURKA.
-
Mengadakan lawatan ke rumah anak-anak yatim.
-
Mengadakan gerai jualan semasa hari pendaftaran pelajar baru.
|
|