Untitled Document
Khamis, 24 Disember 2009 12:03:24 PM
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
  Halaman Utama > Kolej Kediaman  
new wing
Untitled Document
Untitled Document
Untitled Document
 

Pada awal pembinaan blok kediaman pelajar sekitar tahun 1994, hanya 3 bangunan diwujudkan untuk menampung bilangan pelajar pada masa itu. Blok-blok tersebut adalah Blok L, Blok P dan Blok Q. Seiring dengan perkembangan infrastruktur lain di kolej, blok kediaman juga ditambah lagi pembinaannya untuk menempatkan bilangan pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 2002, Blok R telah dibina.

Walau bagaimanapun kewujudan blok-blok tersebut masih tidak mencukupi. Akhirnya pada tahun 2006, suntikan bajet telah diberikan dan blok F mula dibina. Selepas itu tiada lagi pembinaan bangunan baru dilakukan. Pada tahun 2008, pihak pengurusan kolej telah memutuskan untuk melakukan penjenamaan semula ke atas setiap blok kediaman dengan menamakan semula Blok P sebagai Ikhlas, Blok L sebagai Iman, Blok Q sebagai Ikhsan, Blok R sebagai Iltizam dan Blok F sebagai Insaniah.

Kini Blok Insaniah dijadikan tempat kediaman bagi pelajar-pelajar putera dan blok-blok yang selebihnya menjadi tempat kediaman pelajar-pelajar puteri. Dibahagian tengah blok-blok kediaman, terdapat Pejabat Felo Kolej Kediaman ataupun dikenali sebagai PFKK. PFKK berfungsi sebagai tempat aduan penghuni tentang kerosakan atau masalah yang dihadapi.