Untitled Document
Khamis, 24 Disember 2009 12:03:24 PM
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
  Halaman Utama > Logo, Bendera & Lagu Rasmi Kolej  
new wing
Untitled Document
Untitled Document
 

Logo Rasmi Kolej

Rasional Logo

Simbol Pengertian
Tulisan MARA Penaung Institusi
Tulisan Kolej MARA Kuala Nerang Institusi Peneraju Keunggulan Pendidikan & Keusahawanan
Roda Bergigi

3 Gigi Sebelah Kanan
Mewakili Staf Akademik, Staf Sokongan dan Staf swasta bekrjasama bagi menzahirkan visi & misi kolej

3 Gigi Sebelah Kiri
Mewakili kumpulan pengguna terdiri daripada Pelajar, Ibubapa dan Masyarakat Luar

3 Gelungan

Pergerakan elektron pada orbitnya melambangkan pembangunan yang seimbang dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah

(Merangkumi Sains, teknologi dan Keusahawanan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang proaktif, inovatif, kreatif dan bersahsiah tinggi)

Nukleus di Tengah Gelungan Melambangkan fokus permuafakatan semua pihak bagi merealisasikan visi
Buku Terbuka Gedung ilmu dan teras operasi intelek untuk kesejahteraan sepanjang zaman
Cogankata "Berdisiplin, Berilmu, Beramal" Hasil gabungan kesemua elemen di atas dan kerjasama, berilmu dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara
Riben Merah Melambangkan budaya keunggulan warga kolej
Mata Pena Lambang kepada daya intelek, profesional dan kreatif pelajar untuk mengembang dan menyebar ilmu kepada umat sejagat

 

Warna Pengertian
Merah Melambangkan keberanian warga kolej untuk mara sebagai sebuah institusi pendidikan yang terunggul
Biru Melambangkan kesepaduan pembelajaran dari segi jasmani, emosi, rohani & intelek berteraskan sains, teknologi dan keusahawanan
Kuning Melambangkan warga kolej mendokong & menghormati lunas-lunas perlembagaan & falsafah Rukun Negara
Putih Melambangkan kesucian, ketelusan & ketulusan dalam menjalankan amanah bangsa

Bendera Rasmi Kolej

Lagu Rasmi Kolej

Kolej MARA Kuala Nerang
Syurga putra putri jati
Kembangkan potensi seimbang harmoni
Intelek dan emosi

Bertaqwa kepada Ilahi
Semangat waja nusa bangsa
Hormati jasa ibu dan bapa
Sayangi sesama insan

Kolej yang kami sanjung
Terulung di sanubari
Taat dan setia kami taburi
Penuhi misi dan visi

Kolej MARA Kuala Nerang
Pasti'kan terus berjaya
Kecemerlangan budaya kita
Berbakti sepanjang masa

Lirik: MPP 2004/2005
Lagu: En. Khairol Azhar bin Abdul Jalil