Sejarah Penubuhan
Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) telah dilancarkan dengan rasminya oleh Dato' Seri Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor pada 18 Disember 2002.
Sejajar dengan itu, semua MRSM dan Kolej MARA yang beroperasi diseluruh Malaysia secara rasmi mempunyai badan yang bertindak sebagai wadah penghubung antara ibubapa dan pihak maktab/kolej secara khusus dan pihak MARA secara amnya.
MUAFAKAT Cawangan Kolej MARA Kuala Nerang
Objektif
-
Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar di kolej.
-
Membantu dan menambah usaha kolej bagi memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka.
-
Membolehkan ibubapa, pensyarah-pensyarah dan bekas pelajar kolej berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar-pelajar kolej.
-
Mengukuhkan permuafakatan ibubapa, pensyarah-pensyarah dan bekas pelajar di peringkat kebangsaan serta untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.
-
Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibubapa, pensyarah-pensyarah dan bekas pelajar mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek pendidikan MARA.
Keahlian
Keahlian terbuka kepada setiap ibubapa, ibubapa bekas pelajar kolej, bekas pelajar kolej, pensyarah kolej dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MARA yang lain.
- Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dengan mengisi borang dan dihantar kepada setiausaha cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk diluluskan. Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat dimana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.
- Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut diatas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
Jawatankuasa Pusat berhak dan berkuasa untuk menentukan serta mengadakan peraturan-peraturan bagi menyelaraskan prosedur kemasukan dan pendaftaran ahli-ahli.
Yuran
Bayaran Masuk dan Yuran Tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:
- Bayaran Masuk sebanyak RM20
- Yuran Tahunan sebanyak RM20
Yuran Tahunan semasa hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan pada atau sebelum 31hb Mac tahun yang tersebut. Sebanyak 10% daripada yuran tahunan semasa hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Agung oleh bendahari cawangan sebelum atau pada 30hb April setiap tahun. Sumbangan atau kutipan wang bagi tujuan yang khusus atau tertentu peringkat pusat ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat dan peringkat cawangan ditentukan oleh Jawatankuasa Cawangan. Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa Cawangan berhak dan berkuasa untuk menentukan serta mengadakan peraturan-peraturan bagi menyelaraskan prosedur pengutipan dan penggunaan yuran keahlian di peringkat masing-masing.
Ahli Jawatankuasa
[ Sesi 2007 - 2009 ]
| Ex-Officio |
Pn. Hjh. Shaariah bt. Dahman
(Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang) |
| Yang Dipertua |
Prof. Dr. Mohd Ali b. Baharum |
| Setiausaha |
En. Mohd Salman b. Ghazli @ Ghazali |
| Bendahari |
Pn. Jalilah bt. Ismail |
| Ahli Jawatankuasa |
En. Mohamed Salim bin Omar
En. Mohd Sobri bin Hamid
Hjh. Rubiah binti Mohamed
Hjh. Rokiah binti Othman
En. Abu Bakar bin Abdullah
En. Ilyasak bin Ahmad
En. Wan Ya bin Wan Jaafar
En. Mohd Romli bin Omar
En. Mohd Razif bin Rahmat
Cik Nor Syafeeza binti Nordin
En. Roslan bin Hanafi
Cik Hasnah binti Awang |
| Juruaudit Dalam |
En. Jamal bin Nasir
Ms. Jayanthi a/p Kaliappan |
[ Sesi 2009 - 2010 ]
| Ex-Officio |
Pn. Hjh. Shaariah bt. Dahman
(Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang) |
| Yang Dipertua |
Ir. Tn. Hj. Che Muhammed Hussein bin Mohamed Shariff |
| Naib Yang Dipertua & Penolong Biro Akademik |
En. Abd. Halim bin Zainal |
| Setiausaha |
Pn. Shamshul Mardziyah binti Arshad |
| Bendahari |
Pn. Jalilah binti Ismail |
| Ketua Biro Akademik |
Dr. Kamaruzaman bin Wan Yusoff |
| Penolong Biro Akademik |
Pn. Khalijah binti Ghazali |
| Ketua Biro Keusahawanan & Kerjaya |
En. Abdul Rahman Sani bin Abdullah |
| Penolong Biro Keusahawanan & Kerjaya |
En Rusli Saidon |
| Ketua Biro Kebajikan & Rekreasi |
Tn. Hj. Zainol bin Hj. Abd Lateh |
| Penolong Biro Kebajikan & Rekreasi |
En. Mohd Sabri bin Jaffar
Tn. Hj. Omar bin Hj Othman |
| Ketua Biro Penyelidikan & Publisiti |
Ustazah Rodhiyah binti Ahmad |
| Penolong Biro Penyelidikan & Publisiti |
Pn. Sanisah Hanim binti Jiman |
| Juruaudit Dalam |
En. Mior Mohamad Bohari bin Hj. Jamaluddin
Cik Intan NoorJannah binti Saidon |
Aktiviti & Sumbangan
Sesiapa yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada MUAFAKAT Cawangan Kolej MARA Kuala Nerang, hulurkan sumbangan anda melalui akaun berikut:
02075010015289 (Akaun Bank Islam Malaysia Berhad)
Aktiviti & Sumbangan MUAFAKAT Bagi Tahun Berakhir 31hb Disember |