Untitled Document
Khamis, 24 Disember 2009 12:03:24 PM
Javascript DHTML Drop Down Menu Powered by dhtml-menu-builder.com
  Halaman Utama > Program  
new wing
Untitled Document
 
     
 
Pada awalnya Kolej MARA Kuala Nerang menjalankan Program Matrikulasi Universiti Utara Malaysia bermula dari tahun 1995 sehingga April 2000. Kumpulan pertama pelajar sesi 1995/1996 adalah pecahan kecil yang dipindahkan dari Kolej MARA Kulim untuk ditempatkan di kolej ini. Sepanjang tempoh usia Matrikulasi UUM ini, kolej telah menghasilkan 1,864 orang pelajar yang kemudiannya berhijrah ke Universiti Utara Malaysia.
 
   
Di Kolej MARA Kuala Nerang, Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula dari Jun 2000 sehinggalah ke hari ini. Bermula Sesi 2000 hingga Sesi 2007, pihak kolej hanya menempatkan pelajar Jurusan Akaun sahaja. Buat julung kalinya pada sesi 2007/2008, kolej dibenarkan untuk mengambil pelajar dalam tiga aliran iaitu Jurusan Perakaunan, Jurusan Sains Hayat dan Jurusan Sains Fizikal. Kesemua program tersebut memakan masa setahun untuk dihabiskan. Pada masa ini, terdapat lebih kurang 667 orang pelajar (angka pada sesi 2008/2009) matrikulasi yang mendapat tajaan MARA di Kolej.
 
     
 
Pada tahun 2008, Kolej MARA Kuala Nerang telah menyahut cabaran kepimpinan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti apabila membuka pintunya untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Program-program ini adalah sebahagian daripada Program Skim Pelajar Cemerlang yang dijalankan di seluruh negara. Sebahagian besar para pelajarnya akan melanjutkan pelajaran mereka di universiti luar negara. Program sulung UniKL yang dijalankan disini adalah Program Foundation in Engineering Technology (FET) dan diikuti oleh program-program lain.
 

Program Foundation in Engineering Technolgy (FET) - Kerjasama UniKL & The Universiti of Sheffield (UK)

Program FET bermula apabila para pelajar yang terpilih mendaftarkan diri di Kolej pada 17hb Februari 2008. Sepanjang program ini dijalankan, pihak UniKL dan University of Sheffield pernah membuat lawatan untuk beramah mesra dan bersoal jawab dengan pelajar-pelajar sebelum para pelajar melanjutkan pelajaran mereka disana. Berkat kesabaran guru-guru dan usaha gigih para pelajar, program ini berjaya ditamatkan pada Disember 2008. Seterusnya para pelajar menyambung pelajaran mereka di UniKl sebelum berlepas ke UK.

Program Foundation in Biological Science (FIBS) - UniKL RCMP (Ipoh, Perak)

Kumpulan kedua UniKL telah mendaftar pada 27hb Julai 2008 bagi program perubatan dimana julung kalinya diperkenalkan di UniKL. Pihak UniKL telah memilih Royal College of Medicine Perak sebagai destinasi pelajar berikutnya selepas tamat belajar di Kolej. Pihak RCMP juga ada membuat lawatan bagi sesi beramah mesra dan bersoal jawab dengan bakal para pelajarnya. Pada masa ini (sehingga tarikh 15hb Mac 2009), para pelajar masih lagi belajar di Kolej. Mereka dijangka tamat pada Julai 2009.

Program Foundation in Science Technology (FIST) - Kerjasama UniKL & Australia

Program terbaru yang diperkenalkan oleh UniKL ini pula telah berlangsung hari pendaftarannya pada 15hb Februari 2009. Kumpulan seramai 84 orang pelajar ini telah dijanjikan tempat di universiti-universiti tertentu di Australia selepas tamat pelajaran dengan jayanya di Kolej dan UniKL.