
Penat belajar? Ringan-ringankan kaki anda melawat Lapangan Senam Riang yang terletak di penjuru kanan padang bola sepak Kolej MARA Kuala Nerang. Kawasan yang meliputi ruang seluas 20m x 30m ini boleh memuatkan lebih kurang 20 orang dalam satu-satu masa. Di bina pada tahun 2006, Lapangan Senam Riang merupakan inovasi terbesar kolej bagi tahun tersebut. Motif pembinaan lapangan ini adalah untuk menggalakkan warga kolej untuk beriadah pada waktu lapang. Alatan yang disediakan dapat membantu mengurangkan lesu pada badan disamping menguatkan kekuatan otot dan membaiki pergerakan sendi.








 
|
|