Surau kolej mula digunakan secara rasmi sejak tahun 1994 dan menerima dana suntikan bagi tujuan pembesarannya pada tahun 1998. Pembesaran yang dilakukan adalah bagi tujuan menampung kapasiti pelajar yang kian bertambah sepanjang tahun. Kini surau kolej ataupun juga dikenali sebagai Surau al-Huda mampu memuatkan 1000 orang pelajar pada satu-satu masa.
Selain menjadi pusat mendirikan solat, ia juga bertindak sebagai pusat dakwah kolej. Banyak ceramah kerohanian telah berjalan sepanjang tempoh hayatnya. Surau al-Huda kerap kali menerima kunjungan orang luar terutama para ibubapa setiap kali menganjurkan Program Majlis Restu Ilmu yang diadakan sebelum peperiksaan akhir semester.
Lokasinya yang terletak diantara blok kediaman, dewan selera, padang permainan dan blok pengajian, menjadikannya sangat ideal untuk dilawati bagi sebarang tujuan yang bermanfaat seperti menunaikan solat, mengulangkaji pelajaran dan beristirehat.





 


|