:::: Aktiviti Pelajar ::::

Tarikh : Februari 2009
Program : Bengkel Projek Penulisan Kertas Kajian Saintifik
Objektif :

  1. Memberikan pendedahan awal mengenai teknik penulisan kertas kajian saintifik yang betul.
  2. Melatih pelajar menulis kertas ilmiah dalam Bahasa Inggeris.
  3. Menanamkan semangat kerjasama di kalangan pelajar dalam menghasilkan penulisan kertas kajian yang baik dan mantap.

Aktiviti :
Penceramah dijemput khas daripada USM bagi memberi tunjuk ajar teknik penulisan kertas kajian saintifik.

Tarikh : Februari 2009
Program : Readers' Theatre
Objektif :

  1. Melatih pelajar mempraktikkan teknik-teknik membaca dan bercerita dengan sebutan dan intonasi yang betul dalam Bahasa Inggeris.
  2. Memberi peluang kepada pelajar mempersembahkan bakat bercerita secara spontan.

Aktiviti :
Pelajar-pelajar bercerita di dalam Bahasa Inggeris.

Tarikh : Mac 2009
Program : P. Ramlee The Musical
Objektif :

  1. Memperkayakan kosa kata pelajar ketika mereka menterjemah lagu-lagu lagenda P. Ramlee ke dalam Bahasa Inggeris.
  2. Mencungkil bakat pelajar dalam nyanyian dan bermain alat muzik seperti gitar.
  3. Memupuk kecintaan kepada seni tanah air dan mengapresiasi seniman Negara.

Aktiviti :
Pelajar secara berkumpulan menyanyi lagu P. Ramlee yang diterjemahkan sendiri oleh mereka dalam Bahasa Inggeris.

Tarikh : Mac 2009
Program : Pameran Kajian Saintifik pelajar FIBS UniKl
Objektif :

  1. Memberi peluang kepada pelajar mempersembahkan dapatan kajian mereka kepada seluruh warga kolej.
  2. Membolehkan pelajar-pelajar mendapat komen yang membina bagi membantu mereka menyiapkan kertas kajian saintifik.
  3. Menambahkan keyakinan pelajar berdepan mempertahankan dapatan kajian mereka.
  4. Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar dalam Bahasa Inggeris semasa membentangkan dapatan kajian mereka.

Aktiviti :
Para pelajar mengadakan pameran hasil kajian mereka di Dewan Badlishah. Pameran dibuka kepada seluruh warga kolej.

Tarikh : April 2009
Program : Lawatan Sambil Belajar di Pusat-pusat perubatan Kuala Lumpur
Objektif :

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia kerjaya sebagai seorang doktor.
  2. Melihat perkembangan bioteknologi yang terkini dan digunapakai di Malaysian Genome Institute.
  3. Meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kerjaya perubatan melalui sesi interaksi informatif bersama doktor pakar dari HUKM, Hospital Pusrawi dan Hospital Selayang.
  4. Memberi motivasi kepada kumpulan pelajar SPM MRSM Kuala Kubu Bharu.

Aktiviti :
Mengadakan lawatan ilmiah ke HUKM, Hospital Pusrawi, Hospital Selayang, Malaysian Genome Institute dan MRSM Kuala Kubu Bharu.

Tarikh : Mei 2009
Program : Penerbitan "MARA Young Scientist Journal"
Objektif :

  1. Menghasilkan sebuah jurnal saintifik Pelajar FIBS UniKL.
  2. Menjadi pemangkin kepada budaya menulis kertas kajian saintifik bagi seluruh warga kolej.

Aktiviti :
Menerbitkan "MARA Young Scientist Journal".

2008 | 2009

 
Halaman Utama Kolej | Halaman Utama Program UniKL
s