:::: Kata Aluan ::::
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdullilah, dengan izin Nya, "webpage" untuk unit Program UniKL dapat diwujudkan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membangunkan laman ini.
Saudara/saudari,
Dalam era globalisasi yang memerlukan kita bergerak pantas dari segi informasi, tidak dapat tidak kita terpaksa mengikut arus pembangunan ini. Kita perlu melengkapkan diri dari segi pengetahuan dan kemahiran supaya kita tahu apa yang berlaku di dunia luar sana. Kita perlu mengambil peluang yang ada untuk kemajuan diri dan masyarakat sekeliling. Kemajuan diri akan menjana kepada kemajuan Negara. Maka segala maklumat yang dimuaturun hendaklah selalu di kemaskinikan.
Segala informasi mengenai program UniKL di Kolej MARA Kuala Nerang diharapkan akan dapat menolong saudara dan saudari mendapat maklumat yang diperlukan dan seterusnya memenuhi kehendak anda sekalian. Jika ada maklumat lain yang dirasakan boleh menambahbaik kepada laman web ini, saya dengan rendah diri memohon saudara dan saudari menghubungi ‘webmaster’ .
Sekian, terima kasih.
Pn. Shamshul Mardziyah binti Arshad
Penyelaras Program Persediaan UniKL
Kolej MARA Kuala Nerang.
|