| |
:::: Pengenalan ::::
Pusat Pengajian Asasi UniKL dilaksanakan di Kolej MARA Kuala Nerang pada tahun 2008 dengan kumpulan pertama seramai 74 orang pelajar yang pertama mendaftar pada 17hb Febuari 2008 dalam jurusan Foundation in Engineering Technology. Seramai 12 orang pensyarah telah diamanahkan untuk melaksanakan program Foundation in Engineering Technology. Kumpulan kedua pelajar seramai 20 orang telah mendaftar Program Foundation in Biological Science (FIBS-RCMP) pada 28hb Julai 2008. Kumpulan ketiga merupakan Foundation in Science Technology (FIST-AUS) seramai 80 orang telah tamat Pengajian Asasi UniKL. Kini, Pusat Pengajian Asasi UniKL/KMKN diteruskan oleh kumpulan ke-empat yang mengikuti program Foundation in Biological Science (FIBS-RCMP) dan Foundation in Science Technology (FIST-UK) seramai 144 orang pelajar.
Pusat Pengajian Asasi UniKL merupakan Unit Program Persediaan dan Pengajian Umum yang berpusat di Universiti Kuala Lumpur. Program Persediaan menyediakan subjek-subjek kejuruteraan dan perubatan sebagai asas persediaan sebelum pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda. Pengajian Umum pula meliputi subjek Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Dinamika Kemahiran, Moral dan Ko-Kurikulum. Pelajar-pelajar yang telah menamatkan Pengajian Asasi UniKL yang dilaksanakan di Kolej MARA Kuala Nerang akan menyambung pelajaran di Universiti Kuala Lumpur atau universit-universiti luar negara yang diiktiraf. Secara umumnya, sistem pengajaran dan pembelajaran dalam Program Foundation tidak hanya berfokus kepada subjek-subjek teras dan umum malahan juga mengutamakan pembelajaran berasaskan kajian dan penyelidikan bagi tujuan memenuhi peluang pekerjaan yang kompetitif.
:::: Carta Organisasi ::::
< klik disini >
:::: Visi ::::
Our vision is to be the premier entrepreneurial technical university
:::: Misi ::::
Our mission is to produce enterprising global technopreneurs
:::: Objektif ::::
-
Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat menguasai teori, konsep, hukum, prinsip, kemahiran saintifik dan dapat memahami fenomena alam semesta dengan baik.
-
Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, serta mensyukuri kewujudan alam berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
-
Menghasilkan individu yang berilmu dan berpengetahuan global, mempunyai nilai murni serta mengamalkan budaya sains dan teknologi.
-
Memastikan para pelajar yang tamat tempoh pengajian Berjaya 100% ke universiti.
-
Dapat mengembangkan bakat, kemahiran dan potensi pelajar kepada pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi.
-
Melahirkan pelajar yang bersikap positif terhadap sains dan menghargainya serta berupaya menghubungkan konsep sains dalam kehidupan seharian.
-
Melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berfikiran Saintifik serta berupaya menganalisis sesuatu masalah/projek dengan kaedah Sains untuk mendapatkan fakta/kesimpulan yang berasas.
|
|