:::: Mentor Mentee ::::
Program Foundation UniKL/KMKN melaksanakan Program Mentor Mentee dimana sekumpulan pelajar (mentee) akan diletakkan di bawah seorang pensyarah yang bertindak sebagai mentor. Objektif program ini adalah:
- Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil bimbingan dari pembimbing mereka yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
- Mengurangkan tekanan akibat sesuatu konflik (diri/rakan/pensyarah/keluarga_ dasil daripada wujudnya hubungan mesra antara pensyarah dan pelajar.
- Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara pensyarah dan pelajar.
- Menghasilkan pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul dalam kehidupan.
- Membina kemahiran berhubung dengan rakan sebaya, pensyarah dan semua warga kolej.
- Mencungkil dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri serta mempunyai wawasan kendiri yang positif.
- Mewujudkan kesedaran dan minat untuk terus belajar bagi memperbaiki kelemahan diri.
- Mengamalkan budaya penyayang tanpa takut dan hormat-menghormati sepanjang masa.
- Mewujudkan dan menyuburkan satu budaya UniKL yang sihat yang boleh meningkatkan pencapaian akademik.
- Meningkatkan imej Program Foundation UniKL/KMKN kerana berjaya menghasilkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah turut cemerlang dari segi sahsiah, penampilan diri, kesimbangan emosi dan sebagainya yang diharapkan oleh masyarakat dan negara.
Klik Senarai Mentor Mentee untuk maklumat selanjutnya.
:::: Felo Asrama ::::
Felo asrama adalah individu (dilantik dari kalangan pensyarah) yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar di asrama dan bertindak sebagai penggganti ibubapa bagi mengawal tingkahlaku dan disiplin anak-anak. Pihak kolej telah melantik beberapa orang sebagai Felo dan mereka ini menetap di dalam kuartes kolej yang berdekatan dengan asrama pelajar. Berikut adalah senarai pendek ahli jawatankuasa Felo yang memantau para pelajar. Tugas mereka dibahagikan mengikut program pelajar-pelajar.
| Narimah bt. Baba |
AJK Felo |
Program UniKL |
| Norlilah bt. Ismail |
AJK Felo |
Program UniKL |
| Mohd Faies b. Samsudin |
AJK Felo |
Program UniKL |
| Hafizi b. Yazid |
AJK Felo |
Program UniKL |
| Shahirah bt. Mansor |
AJK Felo |
Program UniKL |
| Norhaszuani bt. Mohd. Nasir |
Setiausaha |
Program Matrikulasi |
| Norsalia bt. Mohd Jailani |
Felo |
Program Matrikulasi |
| Haizan b. Runsah |
Felo |
Program Matrikulasi |
| Ahmad Solehin b. Mohamad |
Felo |
Program Matrikulasi |
| Mohd Hanafi b. Ahmad Kamal |
Ketua Felo |
Program Matrikulasi |
| Nafrulzalina bt. Abdul Manap |
Felo |
Program Matrikulasi |
| Nurul Suhadah bt. Murzahan |
Felo |
Program Matrikulasi |
| Hazuar b. Abd. Aziz |
Felo |
Program Matrikulasi |
| Mohd Najyasyraf b. Hussin |
Felo |
Program Matrikulasi |
| Mohammad Sirhan Annuar b. Mat Sharie |
Felo |
Program Matrikulasi |
| Rodhiyah bt. Ahmad |
Felo |
Program Matrikulasi |
Waktu bertugas felo adalah diluar waktu pejabat iaitu pukul 5.00 petang ke atas. Pada waktu pejabat hari bekerja (Ahad hingga Khamis) pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, sebarang aduan boleh dipanjangkan terus kepada Pejabat Asrama (PFKK). Pada hari cuti hujung minggu atau cuti am, aduan bolehlah dipanjangkan kepada felo yang bertugas. |