PENGENALAN
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) bertugas untuk menjaga kebajikan pelajar dengan menyediakan barang keperluan seperti alat tulis, makanan, minuman, dan peralatan mandi. Mereka juga bertugas sebagai perantara antara pelajar dengan pihak koperasi, memastikan bahwa keperluan pelajar dipenuhi. Antara aktiviti yang dilakukan oleh ALK ialah menguruskan koop mart, menjual makanan pada waktu malam dan melapor segala masalah berkaitan dobi di kolej.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada warga KMKN untuk memudahkan urusan harian.
- Berusaha memenuhi kehendak pelajar pelajar kolej.
- Memastikan pelaburan modal saham ahli koperasi (pelanggan) diuruskan sebaik mungkin untuk menjana keuntungan (dividen) sekurang-kurangnya 10 peratus, disamping mengutamakan kebajikan ahli koperasi (pelanggan).